JOHOR BAHRU, 24 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa Iran berikutan laporan bahawa dua kapal tangki pengangkut minyak Malaysia terkandas dan berdepan sekatan sebaik sahaja keluar dari Selat Hormuz.
Beliau berkata kerajaan juga sedang berunding dengan Iran untuk membolehkan kedua-dua kapal tersebut melalui perairan dengan selamat.
Proses rundingan dengan Iran
“Isu ini akan dibincangkan dengan segera selepas kapal-kapal Malaysia sebelum ini diberikan laluan selamat oleh kerajaan Iran, dan jaminan peribadi daripada presiden negara itu sendiri.
“Satu kapal telah tiba (di Pengerang, Johor), satu lagi akan tiba dan memasuki perairan Malaysia.
“Dua kapal yang terjejas dan telah keluar (dari Selat Hormuz) masih berdepan beberapa sekatan.
“Jadi, kami sedang berunding kerana kelulusan telah diberikan,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya di sini hari ini.
Kehadiran pemimpin negeri
Turut hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang mengiringi perdana menteri.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata terdapat sebuah lagi kapal Malaysia yang terkandas disebabkan kerosakan teknikal.
Beliau berkata kapal tersebut kini berlabuh di sebuah pelabuhan di Selat Hormuz.



