Dua beradik maut MPV bertembung kereta di Maran
Dua beradik maut MPV bertembung kereta di Maran

Dua Beradik Maut dalam Kemalangan MPV Bertembung Kereta di Maran

PETALING JAYA: Dua beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di KM24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, Maran, pada Jumaat malam.

Pemandu MPV, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya, Dinie Nasuha Noor, 19, dari Gau, Temerloh, terbunuh dalam nahas yang berlaku pada pukul 7.25 malam itu.

Ketua Polis Maran, Wong Kim Wai, berkata MPV yang dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka ke Temerloh itu memasuki lorong kanan ketika memotong sebuah motosikal, sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau berkata kedua-dua beradik itu maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta pula dilaporkan cedera parah.

Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat, sementara pemandu kereta terbabit dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya menurut Harian Metro.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga