Anwar: Hubungan Malaysia-Jepun Semakin Penting Dalam Dunia Tidak Menentu
Anwar: Hubungan Malaysia-Jepun Semakin Penting Dalam Dunia Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Hubungan erat antara Malaysia dan Jepun semakin penting dalam persekitaran global yang lebih mencabar dan tidak menentu, dengan kedua-dua negara berkongsi kepentingan bersama dalam memperkukuh keselamatan tenaga, daya tahan ekonomi, pembangunan teknologi dan kestabilan serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran Facebook semalam, beliau berkata lawatan rasmi pertamanya ke Jepun yang bermula pada Isnin dan berlangsung selama tiga hari menandakan satu peristiwa penting dalam mengukuhkan lagi hubungan istimewa antara kedua-dua negara, sejak hubungan diplomatik dijalin pada 1957.

Hubungan Berkembang Sebagai Rakan Strategik

Anwar berkata Malaysia dan Jepun sejak itu terus berkembang sebagai sahabat karib dan rakan strategik yang dipercayai.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

"Saya seterusnya mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dengan Perdana Menteri Jepun Takaichi Sanae dan anggota pentadbiran Jepun di Kantei, yang menjadi kemuncak lawatan rasmi saya ke Jepun yang berakhir hari ini.

"Setibanya saya di Kantei, saya disambut oleh Perdana Menteri Takaichi sebelum diberikan kawalan kehormat, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun," katanya.

Peluang Kerjasama Baharu

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan itu dijangka membuka peluang lebih luas untuk bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Lawatan rasmi itu dilakukan atas jemputan kerajaan Jepun, dan Anwar serta delegasinya bertolak pulang ke Malaysia semalam. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga