Pasangan kekasih dibayar RM5,000 setiap penghantaran dadah
Pasangan kekasih dibayar RM5,000 setiap penghantaran dadah

PETALING JAYA: Sepasang kekasih ditahan bersama pelbagai jenis dadah berjumlah RM728,510 di Genting Permai, Bentong, Isnin lalu. Lelaki tempatan berusia 37 tahun berasal dari Kedah dan teman wanitanya yang juga warga asing berusia 35 tahun ditahan kira-kira 5 petang.

Modus operandi pasangan kekasih

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata suspek lelaki bekerja sebagai pembantu kedai bersama teman wanitanya yang dipercayai menjadikan aktiviti itu sebagai kerja sambilan kira-kira tiga bulan lalu. Katanya, pasangan itu dipercayai mendaftar masuk sebuah hotel, sebelum ditahan dalam kereta di kawasan parkir premis terbabit.

Menurutnya, 3kg ketamin, 1kg kokain, 670g serbuk MDMA, 500g syabu dan 4g Erimin 5 dengan nilai keseluruhan RM728,510 ditemui dalam kereta suspek. Beliau berkata, bekalan dadah diperoleh dari Lembah Klang untuk pasaran sekitar Pantai Timur itu boleh digunakan kira-kira 10,000 penagih.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Upah RM5,000 setiap penghantaran

“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,000 serta seutas gelang emas dianggarkan bernilai RM1,600,” katanya menurut Sinar Harian di IPK Pahang, Kuantan. “Mereka berperanan sebagai kurier yang mengambil upah RM5,000 bagi setiap penghantaran dan hasil risikan turut mendapati ini bukan kali pertama mereka melakukan penghantaran.”

Jelasnya, dua suspek yang positif methamphetamine itu direman tujuh hari sehingga 6 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga