Warga asing didakwa rogol wanita 61 tahun di Sandakan
Warga asing didakwa rogol wanita 61 tahun di Sandakan

PETALING JAYA: Seorang remaja warga asing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 61 tahun pada Mac lalu.

Alimanja Arioski, 19, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Batu 7, Sandakan kira-kira jam 1.30 pagi pada 21 Mac, lapor Harian Metro. Dia menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika didapati bersalah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Alimanja. Hakim Roslinda Razali menetapkan 27 Julai untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jasmin Walter, manakala Alimanja tidak diwakili peguam.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Semalam, Roslinda menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan kepada Alimanja selepas mendapatinya bersalah merompak dan mencederakan mangsa. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan Alimanja pada 21 Mac, dan dia dirujuk kepada jabatan imigresen selepas menjalani hukuman.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga