Polis mengesahkan punca kematian wanita yang mayatnya ditemukan di dalam bagasi di Taman Impian Indah, Kajang adalah akibat luka tetakan di bahagian kepala. Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya juga mengesahkan tiada sebarang kesan kerat atau bahagian anggota badan mayat yang terpisah.
Bedah siasat selesai
“Proses bedah siasat selesai dijalankan pada 6.20 petang semalam. “Siasatan juga mendapati rumah lokasi kejadian disewakan kepada sepasang suami isteri warga asing sejak Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Polis minta bantuan orang ramai
Berikutan itu, polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat, atau kehilangan ahli keluarga mahupun pekerja, untuk segera tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kanan Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717.
Penemuan mayat
Media semalam melaporkan penemuan mayat wanita di dalam bagasi di ruang tamu sebuah rumah di Taman Impian Indah. Polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 8.37 malam.



