Polis Perak siapkan kertas siasatan kes fitnah Tok Batin
Polis Perak siapkan kertas siasatan fitnah Tok Batin

Kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya

IPOH, 22 Jun — Polis Perak sedang memuktamadkan kertas siasatan berhubung kes fitnah terhadap Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu melalui siaran langsung di platform TikTok berkaitan penemuan pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kami telah menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya dan kami perlu mengemas kini siasatan. Selepas itu, pihak pendakwa raya akan membuat keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Mohd Alwi berkata lelaki berusia 30-an yang direman empat hari untuk membantu siasatan kes fitnah itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki itu sebelum ini tular semasa sesi siaran langsung apabila dia mendakwa bahawa Tok Batin Mohd Asmmadi Abdullah telah ‘menyembunyikan’ Jaslinda Saludin selama dua minggu dan akan mengahwini pendaki wanita itu jika perkara itu tidak tular.

Sebelum ini, suspek dilaporkan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui rakaman video berikutan kontroversi berhubung hantaran tersebut.

Jaslinda ditemui selamat

Pada 6 Jun, Jaslinda, 49, ditemui selamat oleh penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu selepas hilang selama 14 hari sejak 24 Mei ketika mendaki Gunung Batu Putih. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga