KPM siasat dakwaan sekolah Rohingya di Terengganu
KPM siasat dakwaan sekolah Rohingya di Terengganu

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dakwaan mengenai penubuhan sebuah sekolah oleh komuniti Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu sebelum mengambil tindakan sewajarnya, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata sebarang penubuhan sekolah di negara ini tertakluk kepada peruntukan Akta Pendidikan dan tidak boleh beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

"Sebarang penubuhan sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan, dan sudah tentu setiap penubuhan sekolah tidak boleh dibuat tanpa sebarang kelulusan. Kita akan tengok apa yang berlaku di Terengganu, kita akan pantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aspirasi Kecemerlangan Akademik ke-69 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, di sini hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Wong berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kewujudan sebuah sekolah yang dikendalikan komuniti Rohingya di Kuala Terengganu yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat sejak Februari lepas.

Beliau menegaskan KPM sentiasa memantau pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan pendidikan bagi memastikan setiap institusi yang menawarkan pembelajaran beroperasi mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Media semalam melaporkan kewujudan sekolah itu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk Kampung Ladang Titian. KPM akan menyiasat perkara ini dengan teliti untuk memastikan undang-undang dipatuhi.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga