Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertikaian istana di Negeri Sembilan harus diuruskan di peringkat negeri mengikut undang-undang negeri yang berkuat kuasa.
"Negeri Sembilan tenang. Biar mereka uruskan perkara itu dengan undang-undang negeri dan kebijaksanaan mereka," katanya seperti dilaporkan oleh The Star.
Empat orang Undang iaitu Datuk Maarof Mat Rashad (Undang Jelebu), Datuk Muhammed Abdullah (Undang Johol), Datuk Abdul Rahim Yasin (Undang Rembau) dan Mubarak menandatangani perisytiharan bersama pada 19 April untuk memecat Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas dakwaan salah laku.
Mereka juga sebulat suara menamakan Tunku Panglima Negeri Sembilan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-12.
Istana belum mengeluarkan kenyataan awam, manakala Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan kesahihan percubaan untuk memecat Tuanku Muhriz.



