588 aduan diterima SPR sepanjang kempen PRN Johor
588 aduan diterima SPR sepanjang kempen PRN Johor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 588 aduan melibatkan pelbagai kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 laporan polis telah dibuat.

"Selain itu, tiga laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kesalahan yang sama," katanya pada sidang akhbar di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, di sini hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Proses undi awal berjalan lancar

Terdahulu, Ramlan ditemani Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, memantau kelancaran proses pengundian di beberapa pusat undi awal, termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Kem Mahkota.

Proses undi awal melibatkan seramai 20,607 orang, terdiri daripada 8,544 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan mereka serta 12,063 anggota polis dan pasangan mereka.

Seramai 172 calon bertanding

Seramai 172 calon bertanding merebut 56 kerusi dalam PRN Johor, dengan hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga