RS-1 tak dibentang kerana data belum lengkap, kata MB Selangor
RS-1 tak dibentang kerana data belum lengkap, kata MB

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum membentangkan laporan penuh pencapaian Rancangan Selangor Pertama (RS-1) kerana terdapat maklumat masih belum lengkap, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Proses Penyusunan Data yang Teliti

Beliau berkata, pentadbiran negeri tidak mahu tergesa-gesa mengemukakan laporan yang tidak menyeluruh atau ‘separuh masak’, sebaliknya mahu memastikan setiap data disusun dengan teratur dan teliti.

“Memanglah kita belum bentang kerana maklumat belum lengkap. Ada data yang sudah dikemukakan, tetapi masih belum menyeluruh. Lebih baik dibawa ke sesi seterusnya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Kalau nak buat kerja, kita perlu membuat secara teratur, teliti dan sampai ke penghujungnya, bukan sekadar untuk memuaskan hati mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Showcase RS-1 di Bangunan Wisma DUN Selangor.

Data yang Masih Diperlukan

Menurutnya, antara maklumat masih diperlukan termasuk data kadar pertumbuhan ekonomi dan statistik kemiskinan terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dengan angka semasa hanya tersedia setakat 2024.

Sehubungan itu, Amirudin berkata laporan RS-1 dijangka dibentangkan dalam sesi khas DUN sekitar Jun atau Julai, sebelum sesi kedua DUN pada Ogos, dengan tempoh perbahasan maksimum lima hari.

Respons Terhadap Kritikan

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Selangor Azmin Ali yang mendakwa Selangor tidak serius menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta gagal menunjukkan hala tuju jelas pentadbiran negeri selepas tamatnya RS-1 tahun lalu.

Pencapaian RS-1 Setakat Ini

Dalam perkembangan sama, Amirudin memaklumkan sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 79% daripada keseluruhan perancangan RS-1 telah dicapai. Beliau berkata, RS-1 yang dibentangkan pada Ogos 2022 merangkumi 282 projek, program dan inisiatif, dengan 65% daripada Petunjuk Prestasi Induk (PPI) telah disiapkan sepenuhnya.

Katanya, ini termasuk pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam, Selangor Aero Park dan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey. Beliau berkata jumlah pelaburan yang diluluskan sepanjang tempoh pelaksanaan RS-1 mencatatkan purata RM61.3 bilion setahun.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga