Pemuda Umno Johor lapor polis Puad Zarkashi isu 3R
Pemuda Umno Johor lapor polis Puad Zarkashi isu 3R

Pemuda Umno Johor telah membuat laporan polis terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan institusi diraja) dan dibimbangi berpotensi menimbulkan rasa tidak puas hati serta permusuhan terhadap Institusi Raja.

Kenyataan Puad didakwa hasut

Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, berkata kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga mengandungi unsur hasutan yang boleh membawa kepada kegelisahan awam.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Hormati keputusan tetapi tidak setuju dengan alasan

“Kami menghormati keputusan peribadi beliau untuk meninggalkan parti. Namun, kami tidak bersetuju dan berasa tidak selesa dengan alasan yang diberikan, yang seolah-olah membabitkan Institusi Raja dalam isu (politik) ini,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata Bahagian Pemuda Umno di kesemua 26 bahagian di seluruh negeri juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.

Puad umum keluar Umno

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini, Mohd Puad mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno dengan serta-merta, sambil berkata keputusan itu dibuat secara sukarela dan akan membolehkannya menyuarakan pandangan secara bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri Johor, dengan pengundian pada 11 Julai.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga