Kemenangan Besar BN Johor Isyarat Rakyat Mahu Najib Diampunkan - Nazifuddin
BN Johor Menang Besar Isyarat Rakyat Mahu Najib Diampunkan

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi isyarat bahawa rakyat terus menyokong bekas perdana menteri, Najib Razak, dan berharap beliau menerima pengampunan diraja, kata anaknya, Nazifuddin.

Ketua Umno Langkawi itu mengulas naratif kemenangan besar BN di Johor akan membawa kepada pembebasan Najib. “Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat,” katanya dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.

Pengampunan Diraja Hak Agong

Bagaimanapun, Nazifuddin mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik. “Kita bukan memilih perdana menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar. “Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau juga menyindir pihak yang mengancam akan meletak jawatan jika Najib dibebaskan. “Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang, tak payah tunggu kita menang,” katanya.

Kenyataan Nga Kor Ming

Selasa lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama meletak jawatan dalam Jemaah Menteri, sekiranya Najib dibebaskan dari penjara, selain tidak menolak kemungkinan DAP meninggalkan kerajaan perpaduan.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd, selepas hukuman penjara asal 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. Bekas ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan tamat hukuman penjaranya pada 23 Ogos 2028.

Najib turut disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, di mana Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun. Beliau telah memfailkan rayuan terhadap sabitan itu.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga