Puad tempelak pemimpin Umno 'bawah tempurung' sindir masuk DAP
Puad tempelak pemimpin Umno 'bawah tempurung'

Bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, membidas sindiran yang mencadangkannya menyertai DAP kerana berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai depan. Merujuk serangan bekas rakan MKT, Razlan Rafii, Puad berkata kenyataan seperti itu mencerminkan pemikiran sempit segelintir pemimpin Umno yang masih bergantung kepada naratif lama dengan mengaitkan mana-mana pihak dengan DAP.

Puad: Masih amalkan politik bawah tempurung

“Masih mengamal politik bawah tempurung. Mereka (pemimpin Umno) ingat dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP maka Umno akan dapat sokongan orang Melayu?” katanya di Facebook. Sejak mengisytiharkan keluar Umno pada 25 Jun lalu, Puad menyerang bekas partinya itu, antaranya dengan mendakwa ia tidak mempunyai autonomi untuk membuat keputusan.

Persoalkan calon BN di PRN Johor

Beliau turut mempersoalkan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor, termasuk keputusan untuk mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu, Alwiyah Talib, di kerusi DUN Endau. Bekas Adun Rengit itu turut menyokong calon PH bagi kerusi berkenaan, Mohamad Yazid Bakri. BN mencalonkan Mohd Zaidi Japar untuk mempertahankan kerusi itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Hadir kempen PH di Felda Ulu Tebrau

Puad juga hadir ke kempen di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH, Maszlee Malik, yang turut dihadiri Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, malam tadi. Susulan itu, Razlan yang juga setiausaha politik Presiden Umno, Zahid Hamidi, menyindir Puad dan mencadangkannya menyertai DAP. Puad mempertahankan tindakannya itu dan menjelaskan dia hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan.

PH dan BN dalam kerajaan sama

Beliau menegaskan PH dan BN kini berada dalam kerajaan yang sama di peringkat persekutuan. “Maka tidak salah saya naik pentas PH,” katanya. Puad menambah bahawa sokongannya kepada calon PH adalah selaras dengan semangat kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga