Bekalan Bahan Api Petronas Stabil Sehingga Ogos 2026
Bekalan Bahan Api Petronas Stabil Sehingga Ogos

KUALA LUMPUR: Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata jaminan itu berdasarkan jawapan rasmi yang diterima daripada Petronas, sebagaimana dilaporkan dalam mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Petronas Kuasai 50% Pasaran Domestik

“Rangkaian ini merangkumi kira-kira 50% daripada keperluan bahan api domestik negara yang dibekalkan oleh Petronas melalui anak syarikat senaraian awamnya, Petronas Dagangan Bhd,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Rakyat hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Petronas membekalkan kira-kira 50% keperluan bahan api domestik negara menerusi Petronas Dagangan Bhd.

Pasukan Petugas Krisis Ditubuhkan

Justeru, beliau berkata untuk memastikan keperluan bahan api negara mencukupi dan selaras dengan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat, satu Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah MTEN telah ditubuhkan.

“Pasukan ini sentiasa memantau situasi bekalan bahan api, bahan bakar dan tenaga negara serta memastikan keterjaminan bekalan di bulan-bulan akan datang serta turut mengawal harga, mencegah aktiviti penyeludupan dan penyelewengan,” tambahnya.

Usaha Kepelbagaian Sumber Minyak

Tambahnya, usaha terus dijalankan untuk memperoleh bekalan minyak mentah daripada pengeksport luar Asia Barat seperti dari Afrika Barat dan Benua Amerika, tertakluk kepada kesesuaian gred minyak mentah dan terma komersial berkaitan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berhubung kenyataan Petronas bahawa bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen minyak adalah terjamin hanya sehingga akhir Jun 2026 dan pelan kontingensi kerajaan sekiranya krisis tenaga global berlanjutan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga