Empat ditahan kes rompak durian di Jasin, mangsa diancam pisau
Empat ditahan kes rompak durian Jasin, mangsa diancam pisau

Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rompakan beramai-ramai melibatkan kecurian durian dan sebuah motosikal dari sebuah kebun di Anjung Gapam, Bemban, Jasin, Sabtu lalu. Kejadian itu mengakibatkan kerugian kira-kira RM9,000.

Tangkapan dalam empat serbuan berasingan

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, berkata semua suspek yang berusia antara 27 hingga 35 tahun itu ditangkap dalam empat serbuan berasingan di Jasin, Melaka Tengah, dan Masjid Tanah dari jam 12.30 pagi hingga 7.30 pagi Ahad.

Hasil soal siasat mendapati dua daripada suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu, dengan seorang daripada mereka mengaku menghunus pisau untuk menakutkan mangsa selepas menyedari mangsa sedang mengambil gambar kenderaan yang dinaiki suspek.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pengakuan suspek berbeza

“Seorang lagi suspek mengaku terlibat dalam mengambil meter motosikal yang dicuri, tetapi tidak mengaku mengambil durian atau menghalakan senjata ke arah mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Lee berkata seorang lagi suspek tidak mengaku terlibat dalam kejadian itu, tetapi ditangkap selepas dikenal pasti positif oleh pengadu sebagai individu yang mencuri motosikal milik bapa pengadu.

Barang bukti dirampas

Polis turut merampas tiga telefon bimbit, sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, dan sebilah pisau lipat yang dipercayai berkaitan dengan kes itu, tambahnya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga