Kerajaan kekalkan umur persaraan wajib penjawat awam pada 60 tahun
Umur persaraan wajib penjawat awam kekal 60 tahun

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Kerajaan telah memutuskan bahawa tidak perlu menaikkan umur persaraan wajib bagi penjawat awam buat masa ini, kata jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil.

Keputusan Kabet Kekalkan Umur Persaraan 60 Tahun

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet hari ini, dengan umur persaraan penjawat awam kekal pada 60 tahun.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa tidak perlu melaksanakan peningkatan umur persaraan pada masa ini. Oleh itu, umur persaraan bagi penjawat awam akan kekal pada 60 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO Dijadikan Sukarela

Dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membangkitkan maklum balas yang diterima mengenai pelaksanaan caruman gaji 0.75 peratus oleh pekerja untuk Skim Insurans Bukan Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), atau LINDUNG 24 Jam, yang meliputi kemalangan bukan berkaitan pekerjaan.

Selepas itu, Fahmi berkata Kabinet telah memutuskan bahawa caruman itu tidak lagi diwajibkan, tetapi secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai keputusan itu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga