KUALA LUMPUR, 28 April — Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan Selasa dengan nada yang lebih kukuh, didorong oleh selera pelabur yang berterusan terhadap saham berkaitan pusat data, terutamanya dalam sektor teknologi dan utiliti, susulan pendapatan kukuh yang dilaporkan oleh pemain semikonduktor Amerika Syarikat (AS).
Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.81 mata, atau 0.39 peratus, kepada 1,724.08 berbanding penutup Isnin pada 1,717.27. Indeks penanda aras itu sebelum ini dibuka 4.13 mata lebih tinggi pada 1,721.40.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota menyatakan bahawa di tengah-tengah jangkaan peralihan kepimpinan di Rizab Persekutuan AS, dengan Kevin Warsh dilihat sebagai pengganti berpotensi kepada Jerome Powell, pandangannya bahawa produktiviti didorong kecerdasan buatan (AI) dapat membantu mengurangkan inflasi mungkin terus menyokong sentimen terhadap saham semikonduktor dan berkaitan AI. — Bernama



