Empat lagi mayat migran Indonesia ditemui, jumlah korban meningkat 16
Empat lagi mayat migran Indonesia ditemui, jumlah maut 16

Empat lagi mayat mangsa bot yang membawa migran warga Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor ditemui pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut meningkat kepada 16 orang.

Penemuan Terbaru

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Mohamad Shukri Khotob, berkata tiga daripada mangsa adalah lelaki dan dijumpai pada kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Pulau Buloh. Satu lagi mayat belum dikenal pasti identitinya dan ditemukan sekitar 21.4 batu nautika barat daya Pulau Sangga Kechil.

“Mayat yang belum dapat disahkan identiti itu dijumpai oleh pihak Maritim melalui Perkasa 1238 sekitar jam 3 petang, manakala tiga lagi dijumpai oleh tentera laut sekitar jam 5.45 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Jumlah Mangsa

Beliau berkata, jumlah mangsa yang diselamatkan ialah 23 orang, manakala 16 lagi terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan 39 setakat ini berbanding 37 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Esok merupakan hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Sekiranya tiada lagi penemuan mayat, operasi berkenaan berkemungkinan ditamatkan,” katanya.

Insiden Bot Karam

Insiden pada 11 Mei lalu menyaksikan sebuah bot dipercayai membawa migran warga Indonesia tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan ke beberapa destinasi di Malaysia.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga