6 Maut Dalam Insiden Tembakan di Jerman, Tiga Suspek Ditahan
6 Maut Tembakan Jerman, Tiga Suspek Ditahan

BERLIN: Insiden tembakan di bandar Stade, utara Jerman pada Isnin meragut enam nyawa, dengan tiga suspek berjaya ditahan polis, lapor Xinhua memetik laporan media Jerman. Menurut pihak berkuasa Jerman, kejadian itu berlaku di sebuah institusi kebajikan belia di pusat bandar Stade, negeri Lower Saxony.

Enam Kakitangan Maut, Lima Di Lokasi

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan enam individu yang kesemuanya merupakan kakitangan institusi berkenaan maut, dengan lima meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa keenam meninggal dunia di hospital. Tiga suspek yang ditahan polis, termasuk seorang lelaki yang melepaskan tembakan dan dua wanita.

Punca Disyaki Pertikaian Hak Penjagaan Bayi

Menurut saluran berita Jerman FOCUS yang memetik polis, pertikaian hak penjagaan membabitkan seorang bayi berusia tiga bulan berkemungkinan menjadi punca jenayah itu. Suspek lelaki itu ialah bapa kepada bayi berkenaan dan dilahirkan di Jerman dalam keluarga berketurunan Turkiye.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pada sidang media Isnin malam, pihak berkuasa memaklumkan bahawa wanita yang cuba melarikan diri bersama suspek dengan menaiki sebuah kereta mempunyai hubungan rapat dengan keluarga suspek. Polis turut mengesahkan bahawa ibu bayi itu ialah wanita kedua yang ditahan.

Motif Politik Atau Ekonomi Dinafikan

Pihak berkuasa Jerman menyatakan tiada bukti menunjukkan jenayah itu bermotifkan politik atau ekonomi. Siasatan masih dijalankan dan polis belum mengenal pasti motif sebenar.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga