Pemain ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia ketika latihan
Pemain ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia

Seorang pemain ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani sesi latihan di Padang Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, semalam.

Kejadian di Padang PGA

Ketua Polis Daerah Kulim, Timbalan Superintendan Tengku Faisal Yeng berkata, mangsa dikenali sebagai Adam Putra Syahril, 21, rebah dan tidak sedarkan diri pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurutnya, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis itu diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans. Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di unit kecemasan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Prosedur Kematian Mengejut

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, pemain ragbi yang berasal dari Kulim itu sedang menjalani latihan praktikal di daerah tersebut dan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes masih dalam siasatan lanjut.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga