Lee Hsien Loong lawat Pahang, Terengganu erat hubungan Malaysia-Singapura
Lee Hsien Loong lawat Pahang, Terengganu erat hubungan dua negara

SINGAPURA, 4 Mei — Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan lima hari ke Pahang dan Terengganu dari 4 hingga 8 Mei, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Lawatan atas jemputan Sultan Pahang

Dalam satu kenyataan pada Ahad, PMO memaklumkan lawatan itu dilakukan atas jemputan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lee akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Pahang dan dijemput makan tengah hari oleh baginda, selain bertemu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin negeri lain.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Momentum hubungan dua hala

“Lawatan Menteri Kanan Lee ini membina momentum pertukaran dua hala yang kukuh, memperdalam hubungan jangka panjang dan pelbagai rupa Singapura dengan negeri-negeri Malaysia dan pemimpin mereka,” kata kenyataan itu.

PMO menyatakan bahawa di Terengganu, Lee akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin negeri lain.

Rombongan delegasi

Semasa lawatan itu, Lee akan diiringi oleh isterinya, Ho Ching; Menteri Undang-Undang dan Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong; Menteri Negara di Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim; serta pegawai dari Kementerian Luar Negeri. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga